Wednesday, 8 January 2020

SLIPPED DISC | FAKTA RINGKAS



Berpunca daripada sakit pinggang yang disebabkan oleh tulang belakang.

Ada yang menyebutnya sebagai tulang belakang bengkok menjadi seperti bentuk S jika lambat dirawat. Slipped disc berlaku pada bahagian tulang belakang, terutamanya bahagian pinggang (lower back)

Pengidap biasanya akan merasa kebas di bahagian tangan, leher dan kaki selain  kesakitan melampau sehingga membataskan semua pergerakan termasuk kerja. Biasanya berlaku di kalangan orang muda dan semakin meningkat kerana:

1. Trauma, pernah terjatuh akibat kemalangan..
2. Obesiti dan Kegemukan, memberi tekanan pada disc.
3. Aktiviti berat, melakukan pekerjaan berat berulang melibatkan belakang pinggang seperti mengangkat barang dan membongkok..
4. Gaya hidup pemalas (Sedentary lifestyle)
5. Kerap memandu jarak jauh dan duduk terlalu lama masa memandu memberi kesan pada disc.




APA ITU SLIPPED DISC

Tulang Belakang kita ada 24 set tulang yang dipanggil Vertebra. Setiap tulang Vertebra di susun antara satu sama lain secara memanjang, dan membentuk satu laluan untuk laluan Saraf tunjang (Spinal Nerve) dan laluan untuk Akar saraf (Nerve Root).

Tulang-tulang Vertebra ini melindungi Saraf Tunjang (Spinal Nerve). Di antara tulang vertebra ke tulang vertebra yang lain ada struktur yang dipanggil Interbertebral disc. Fungsinya seperti shock absorber kereta, menyerap hentakan masa kita lari, jalan dan melompat..

Setiap Interbertebral disc tebalnya 1/2 inci dan ada 2 bahagian yang perlu kita ambil tahu iaitu :

1. Annulus Fibrosus, lapisan luar yang lebih tahan lasak & fleksibel.

2. Nucleus Pulposus, lapisan dalam seperti jeli dan lembut.

Slipped disc berlaku apabila Nucleus Pulposus mula terkeluar dan menekan Annulus Fibrosus, menyebabkan simptom SAKIT BELAKANG. Jika tekanan semakin kuat, Annulus Fibrosus akan terkesan dan membengkak..

Apabila Annulus Fibrosus terus membengkak akan menyebabkan Saraf Tunjang (Spinal Nerve) serta Akar Saraf (Nerve Root) yang ada di sekitarnya turut ditekan dan dihimpit menyebabkan simptom LENGUH, KEBAS dan HILANG TENAGA pada kaki..

PUNCA Slipped Disc :

Semakin meningkat usia, Interbertebral disc akan mengalami kerosakan dan mula membengkak menyebabkan Annulus  Fibrosus terkoyak, dipanggil Disc Degeneration.

Masa muda, Interbertebral disc sangat kaya dengan kandungan zat air. Bila berusia, kandungan zat air  mula berkurangan dan menjadikan Interbertebral disc iaitu Annulus Fibrosus kurang lasak dan kurang fleksibel. Ia mula mengecut menyebabkan jarak antara tulang Vertebra menjadi semakin rapat dan cenderung terjadinya slipped disc.



www.wasap.my/60125599704/slippeddisc
www.wasap.my/60129398072/slippeddisc


No comments:

Post a Comment

KANSER PAYUDARA | FAKTA RINGKAS

Kanser Payudara PEMBUNUH NOMBOR SATU KAUM WANITA.. Kanser Payudara merupakan ketumbuhan jenis MALIGNAN iaitu tumor jenis barah yg t...