Sunday, 20 October 2019

ANTIOKSIDAN | APA DIA ANTIOKSIDAN???






Gambar menunjukkan kesan radikal bebas terhadap DNA (DeoksiriboNukleidAsid) iaitu rantaian helix dalam sel badan semua manusia. Lihat bagaimana kemasukan atau gangguan apabila radikal bebas menceroboh rantaian helix itu.

Apabila keadaan ini berlaku, maka terjadilah kesan radikal bebas terhadap tubuh seseorang. Salah satu punca berlakunya hal seperti gambarajah di atas adalah kerana badan telah teroksida, maka dengan kata lain tubuh manusia memerlukan antioksidan. 

Antioksidan didefinisikan sebagai zat yang dapat melewatkan proses oksidasi dalam badan.
Oksidasi adalah reaksi kimia membabitkan pengikatan oksigen, pelepasan hidrogen atau elektron.
Secara umumnya, bahan perosak tubuh bertindak ke atas sel. Bahan ini masuk ke dalam tubuh manusia melalui pemakanan. Makanan mempunyai pengawet dan pewarna akan menyebabkan sel tubuh rosak. Bahan cemar ini dinamakan oksida atau radikal bebas.
Faedah antioksidan
Apabila antioksidan masuk ke dalam tubuh, ia akan bertindak kepada sel dan menukar sel boleh rosak. Sel yang rosak dipanggil sebagai mutasi.
Sel yang mengalami mutasi bersifat ganjil. Ia mempunyai jangka hayat yang panjang dan mampu membiak dengan cepat. Ia boleh bergerak dalam darah dan menuju ke organ badan sehingga menyebabkan kanser.
Kanser boleh menyebabkan kegagalan fungsi organ dalam tubuh dan membawa maut. Sesetengah orang mempunyai genetik untuk mendapat kanser. Ketahanan tubuh yang lemah sebenarnya dapat diperbaiki jika jumlah antioksidan wujud di dalam darah.

Antioksidan adalah bahan yang dikenal pasti dapat menghapus atau melemahkan radikal bebas dengan 'mendermakan' elektron kepada radikal bebas. Inilah caranya antioksidan bertindak menstabilkan radikal bebas, sekali gus melindungi kerosakan sel badan.
Rujuk je gambar atas tu, senang faham. Macam tu  juga lah AG CERA bertindak. 

Peranan antioksidan
1. Melambatkan proses penuaan dengan merendahkan paras kolesterol.
2. Mengurangkan risiko atherosclerosis (penyakit penyempitan berlaku pada saluran darah akibat pengumpulan lemak.
3. Mengurangkan risiko segala jenis kanser dan membantu melindungi penyakit jantung, strok dan alzheimer.
4. Melambatkan pertumbuhan kanser dan membantu badan menyingkirkan toksik karsinogen (penyebab kanser).
5. Kesihatan mata, elak masalah penglihatan dan melindungi badan daripada kerosakan yang berpunca daripada asap rokok.
Penghasilan radikal bebas berlaku sepanjang masa dan ia sukar dikawal. Bagi mengimbangi kemusnahan sel akibat serangan radikal bebas ini ramai penyelidik terutama dalam bidang kesihatan dan kecantikan berlumba-lumba mencipta barangan atau makanan tambahan yang mengandungi antioksidan.
Inilah jawapan kepada persoalan anda kenapa AG CERA itu antioksidan terbaik untuk badan anda.
Tak percaya, rujuk testimoni, hampir kesemua peranan antioksidan tertulis di atas tu AG CERA selesaikan...alhamdulillah...InshaAllah



Kita berusaha Allah yang Maha Menyembuh. 
Terus klik link...tak payah back-back dah...lambat!!!



No comments:

Post a Comment

KANSER PAYUDARA | FAKTA RINGKAS

Kanser Payudara PEMBUNUH NOMBOR SATU KAUM WANITA.. Kanser Payudara merupakan ketumbuhan jenis MALIGNAN iaitu tumor jenis barah yg t...