Friday, 10 January 2020

PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN DIABETES



PERTAMA: Darah Yang Pekat dan Gelap

Kandungan gula dan toksik semakin meningkat di dalam darah akan menyebabkan sel-sel darah merah melekat bersama dan menjadi gelap dan lekit yang menghalang pengaliran darah yang lancar

KEDUA: Kerap Rasa Panas dan Dahaga

Kepekatan gula yang semakin bertambah di dalam darah akan meningkatkan tekanan osmosis darah dan menyebabkan air 'diserap' keluar daripada sel-sel badan. Sel-sel yang menjadi semakin layu inilah yang menghantar signal dahaga kepada otak untuk meminta bekalan air

KETIGA: Kerap Rasa Letih dan Mengantuk

Darah yang telah menjadi pekat dan mengalir dengan perlahan tidak boleh mengangkut oksigen dan nutrien ke seluruh badan dengan efektif. Apabila otak anda tidak terima bekalan oksigen yang mencukupi, anda akan kerap rasa letih dan mengantuk. Kualiti tidur anda turut terganggu. Tidur 8 atau 9 jam satu hari (lebih daripada cukup), tetapi masih senang rasa letih dan ngantuk, khasnya pada waktu petang.

KEEMPAT: Lemah Tenaga Batin/Mati Pucuk. Persembahan Tidak Tahan Lama

Tidak kira lelaki atau perempuan, masalah kencing manis akan mengganggu sistem hormon dan pengaliran darah badan anda dan menjejas nafsu seks anda.

KELIMA: Tompok atau Bintik Mula Muncul Pada Kulit, Rasa Gatal atau Kebas-kebas

Ini merupakan tanda sel-sel badan mula merosot akibat daripada kekurangan bekalan sumber tenaga, iaitu glukosa yang terapung di dalam saluran darah kerana tidak dapat masuk ke dalam sel. Kandungan gula yang terlalu pekat dalam darah akan menyebabkan kesesakan pengaliran darah yang akhirnya mengeras menjadi gumpalan yang muncul dalam bentuk tompok-tompok.

KEENAM: Bahagian Kulit Khasnya Pada Kaki Mula Mati dan Menjadi Hitam dan Gelap

Pengerasan darah pada tompok-tompok tadi menyekat bekalan oksigen dan nutrien kepada sel-sel kulit. Sel-sel kulit akan mula mati dan keadaan akan bertambah semakin cepat.

KETUJUH: Gangrene Bernanah Mula Muncul di Hujung Jari Kaki

Jari-jari kaki merupakan bahagian yang paling jauh daripada jantung, darah yang sampai dekat sana sudah pun kehilangan daya tolakan. Tambahan lagi darah bergula yang pekat. Makanan dan oksigen tidak dapat sampai dan sisa toksik tidak dapat diangkut keluar, keadaan yang 'perfect' untuk pertumbuhan bakteria. Ini adalah kerana sel darah putih yang bertugas untuk bunuh bakteria tidak dapat sampai ke tempat dijangkiti. Tentera bakteria boleh merebak dalam masa sangat singkat

KELAPAN: Jangkitan Gangrene Merebak, Bakteria Sudah Makan Daging Sampai Tulang Terdedah

Jangkitan bakteria yang tidak terkawal, penyelesaian (sementara) adalah... Potong! Mula-mula potong tapak kaki dulu. Kalau jangkitan masih merebak naik, potong betis, kemudian paha.

KESEMBILAN: Penglihatan Menjadi Semakin Kabur

Kapilari yang terdapat pada mata adalah yang paling halus, apabila pengaliran darah (yang pekat) terjejas. Sel-sel mata akan semakin merosot dan akhirnya menjadi katarak atau BUTA!





KE-10: Masalah Buah Pinggang, Pertumbuhan Batu Karang, Tekanan Darah Tinggi, dan lain-lain Penyakit Sekunder

Buah pinggang menjadi semaking lemah kerana beban yang semakin bertambah. Bukan sahaja ia perlu menanggung penapisan glukosa yang banyak, ia juga perlu berkerja keras untuk menyingkirkan sisa-sisa kimia yang berasal daripada ubat-ubat yang anda makan itu.

*PERINGKAT TERAKHIR* 🤔:scream:

*Pergi ke hospital dan lihat dengan mata sendiri, bagaimana nyawa mangsa-mangsa kencing manis berakhir.....Sungguh menyedihkan !* :sleepy:

Jika perkembangan Kencing Manis ini boleh dijangka, maksudnya memang terdapat akar umbi yang boleh dikenalpasti dan dimusnahkan.

Maksudnya..Kencing Manis (Jenis 2).....Boleh Disembuhkan!!!

*Semakin Awal Anda Mengambil Tindakan Semakin Cepat Ia Disembuhkan* :+1:

*Jangan Tangguhkan Sampai Peringkat Yang Terakhir, Masa Itu Memang Terlambat Sudah*



SAYANGI DIRI ANDA!!!HIDUP HANYA SEKALI!!!



ANDA NAMPAK ATAU SUDAH NAMPAK??!!
BERTINDAKLAH SEKARANG...SEBELUM IA BERAKHIR DENGAN CARA AMAT MENYEDIHKAN

No comments:

Post a Comment

KANSER PAYUDARA | FAKTA RINGKAS

Kanser Payudara PEMBUNUH NOMBOR SATU KAUM WANITA.. Kanser Payudara merupakan ketumbuhan jenis MALIGNAN iaitu tumor jenis barah yg t...