Friday, 20 December 2019

FIBROID | FAKTA RINGKAS




FIBROID

Fibroid adalah ketumbuhan tidak normal yang berkembang di dalam atau pada rahim wanita. Kadangkala tumor itu membesar dan menyebabkan sakit yang teruk dalam tempoh tertentu.

            Dalam kes lain, terdapat pula fibroid yang tidak menyebabkan atau meninggalkan sebarang tanda atau gejala. Biarpun sejak sekian lama ia dideritai oleh golongan hawa, penyebab fibroid tidak diketahui.

            Berikutan lazimnya ia tidak sakit, kebanyakan wanita tidak pernah tahu bahawa mereka mengandungkan fibroid atau gejala yang juga dikenali dengan nama leiomyoma, myomas, myomas rahim atau fibromas itu.

            Menurut Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH), dalam healthline.com, kira-kira sehingga 80% wanita yang mempunyai fibroid pada usia 50 tahun.

            Bagaimanapun untuk mendiagnosis, perlu bertemu pakar sakit puan. Pakar akan memeriksa keadaan, saiz dan bentuk rahim seseorang yang mengidap ketumbuhan yang menjadi seteru wanita itu.

            Ironinya ada pula yang menyamakan mahupun keliru dengan perbezaan antara fibroid, cyst dan polip.

            Persoalannya wanita yang bagaimanakah yang menjai mangsa kepada fibroid ini?
Berdasarkan perkongsian myhelath, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kira-kira 20% wanita wanita usia subur dikatakan mempunyai fibroid. Jarang sekali ia dialami oleh wanita muda sebelum haid.








InsyaAllah dengan AG Cera, masalah fibroid dapat diatasi. Jangan berlengah lagi jika anda punya masalah dalaman wanita ini.


No comments:

Post a Comment

KANSER PAYUDARA | FAKTA RINGKAS

Kanser Payudara PEMBUNUH NOMBOR SATU KAUM WANITA.. Kanser Payudara merupakan ketumbuhan jenis MALIGNAN iaitu tumor jenis barah yg t...