Sunday, 20 October 2019

RADIKAL BEBAS | APA ITU RADIKAL BEBAS


Jump to navigation
Jump to search
Radikal bebas adalah molekul yang kekurangan satu elektron, dan membuat molekul tersebut menjadi tidak stabil dan selalu berusaha mengambil elektron dari molekul atau sel lain.

Radikal bebas dapat dihasilkan dari hasil metabolisma tubuh dan faktor luaran seperti asap rokok, hasil penyinaran ultra ungu, zat kimia dalam makanan dan bahan pencemar lain. Penyakit yang disebabkan oleh radikal bebas bersifat kronis, iaitu diperlukan masa waktu bertahun-tahun untuk penyakit tersebut menjadi nyata. 
Contoh penyakit yang sering dihubungkan dengan radikal bebas adalah serangan jantung dan barah. Untuk mencegah atau mengurangi penyakit kronik kerana radikal bebas, antioksidan diperlukan.





Sebenarnya, tubuh manusia dapat menetralisir radikal bebas ini, hanya saja bila jumlahnya terlalu berlebihan, maka kemampuan untuk menetralisirnya akan semakin berkurang. Merokok, misalnya, adalah kegiatan yang secara sengaja memasukkan pelbagai racun kimia yang bersifat radikal bebas ke dalam tubuh. 

Tubuh manusia dibentuk untuk menerima kemasukan yang bersifat alamiah, sehingga apabila menerima masukan seperti asap rokok, akan berusaha untuk mengeluarkan pelbagai racun kimia ini dari tubuh melalui proses metabolisme, tetapi proses metabolisme ini pun sebenarnya menghasilkan radikal bebas. 

Pada asasnya, kegiatan merokok sama sekali tidak berguna untuk tubuh, walaupun dapat ditemui perokok yang berusia panjang.


Radikal bebas yang mengambil elektron dari sel tubuh manusia dapat menyebabkan perubahan struktur DNA sehingga timbullah sel-sel mutan. Bila perubahan DNA ini terjadi bertahun-tahun, maka dapat menjadi tekanan oksidatif yang menimbulkan berbagai penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung dan alzheimer.

Tubuh manusia, sesungguhnya dapat menghasilkan antioksidan tetapi jumlahnya sering kali tidak cukup untuk meneutralkan radikal bebas yang masuk ke dalam tubuh dan juga ada pelbagai antioksidan yang tidak dapat dihasilkan daripada tubuh tetapi harus melalui makanan. Seringkali, zat pemicu diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan antioksidan tidak cukup dibekalkan.

Sebagai contoh, tubuh manusia dapat menghasilkan glutathione peroxidase, salah satu antioksidan yang sangat kuat, hanya tubuh memerlukan pengambilan vitamin C sebanyak 1,000 mg untuk mendorong tubuh menghasilkan glutathione peroxidase ini.








No comments:

Post a Comment

KANSER PAYUDARA | FAKTA RINGKAS

Kanser Payudara PEMBUNUH NOMBOR SATU KAUM WANITA.. Kanser Payudara merupakan ketumbuhan jenis MALIGNAN iaitu tumor jenis barah yg t...