Sunday, 20 October 2019

RADIKAL BEBAS | 10 JENIS RADIKAL BEBAS YANG MENGANCAM MANUSIA



Radikal bebas yang ada di tubuh manusia berasal daripada dua sumber iaitu:

  • Endogen (dalam tubuh) - dalam tubuh sendiri iaitu autoksidasi, oksidasi enzimatik dan respiratory burst.
  • Eksogen (luar tubuh) - pencemaran udara, UV, sinar-X, pesticide dan asap rokok.

Radikal bebas merupakan suatu atom molekul atau senyawa yang mengandungi satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan sehingga sangat reaktif. Ia dapat terbentuk dalam tubuh saat bernafas sebagai hasil samping proses oksida atau pembakaran, olahraga yang berlebihan, ketika terjadi keradangan, terpapar pencemaran lingkungan seperti asap rokok, kenderaan bermotor, radiasi, dan sebagainya. 


Pada saat terjadi jangkitan, radikal bebas diperlukan untuk membunuh mikroorganisme penyebab jangkitan. Namun, paparan radikal bebas yang berlebihan dan secara terus-menerus dapat menyebabkan kerosakan sel, mengurangi kemampuan sel untuk beradaptasi terhadap lingkungannya dan akhirnya dapat menyebabkan kematian sel sehingga timbul gangguan atau penyakit.

10 Jenis radikal bebas yang mengancam manusia:
  • Asap rokok
  • Pencemaran udara
  • Radiasi UV
  • Pesticide (bahan kimia beracun)
  • Ubat-ubatan
  • Olahraga berlebihan
  • Radiasi
  • Autoksidasi
  • Oksidasi enzimatik
  • Respiratory burst

No comments:

Post a Comment

KANSER PAYUDARA | FAKTA RINGKAS

Kanser Payudara PEMBUNUH NOMBOR SATU KAUM WANITA.. Kanser Payudara merupakan ketumbuhan jenis MALIGNAN iaitu tumor jenis barah yg t...