Saturday, 21 December 2019

STROKE | FAKTA RINGKAS





Tahukah anda bahawa 80% daripada serangan strok dapat dicegah?






     Serangan strok dapat dicegah sekiranya setiap orang mengambil langkah bagi mengelak penyakit ini daripada berlaku. Usah sekali-kali menyangka bahawa kita tidak berisiko diserang strok. Sesiapa sahaja mungkin diserang strok tanpa mengira sama ada kita lelaki ataupun perempuan, muda ataupun tua, apa jua etnik kita.

Apakah yang dapat kita buat bagi mengelak serangan strok?

💡 Kawal tekanan darah sekiranya kita mempunyai penyakit darah tinggi. Setiap hari, pantau tekanan darah dan makan ubat yang diberi. Jangan mengatur sendiri ataupun berhenti makan ubat tanpa nasihat doktor.
💡 Berhenti merokok! Perokok terdedah kepada risiko serangan strok dua kali ganda berbanding bukan perokok.
💡 Kekalkan berat badan yang sihat.
💡 Diet sihat dan seimbang.
💡 Penghidap kencing manis perlu mengawal pengambilan gula secara optimum.
💡 Dapatkan pemeriksaan bagi degupan jantung yang tidak normal.
💡 Bersenam dan kekalkan gaya hidup aktif.
💡 Elak atau kurangkan pengambilan alkohol.

Apakah tanda-tanda kita sedang diserang strok?

Kita mungkin sedang diserang strok sekiranya:

❗Kebas atau lemah secara tiba-tiba pada muka, lengan, ataupun kaki terutamanya jika hanya pada sebelah bahagian badan sahaja.
❗Tiba-tiba sukar menelan.
❗Mendadak kurang sedar, mengantuk, sukar bercakap atau memahami percakapan.
❗Tidak dapat melihat sama ada dengan sebelah mata atau kedua-dua belah mata.
❗Tidak stabil apabila berjalan, pening, hilang keseimbangan atau koordinasi.
❗Sakit kepala yang teruk dan tidak diketahui puncanya, disertai dengan muntah dan mual.


     Jadi, bersamalah kita mencegah sebelum ianya berlaku kepada semua ya....salah satu cara ikhtiar lah untuk mencuba AG Cera...InshaAllah semoga membantu.


Tekan link sekarang jika sayang kesihatan anda






No comments:

Post a Comment

KANSER PAYUDARA | FAKTA RINGKAS

Kanser Payudara PEMBUNUH NOMBOR SATU KAUM WANITA.. Kanser Payudara merupakan ketumbuhan jenis MALIGNAN iaitu tumor jenis barah yg t...